Monday, April 15, 2013

Alhamdulillah negative SLE

The result turned out to be negative. Alhamdulillah. Red rashes di muka pun dah hilang. Tapi memang tak boleh langsung berjemur bawah panas lama-lama. Kalau berjemur, akan merahlah semula. Cuma merahnya tidaklah naik sekali dengan bengkak di muka. Lagi satu yang perlu dihindarkan adalah peanut. Suddenly alergi dengan kacang. Masa mula-mula sakit ni beransur sihat (maksud saya, merah di muka beransur hilang), saya makan kacang Ngan Yin yang sedap tu. Seriously saya memang gemar makan kacang. Tapi esok bangun je dari tidur, mata saya terus bengkak, pipi merah kembali. Allahuakbar. Saya tertanya kenapa jadi semula. Then after dua tiga kali termakan kacang, dia jadi benda yang sama. So saya tau la saya dah alergi pada kacang. Mungkin effect dari mercury tu yang buatkan saya alergi pada panas dan kacang. Sekarang ni merah boleh dikatakan almost hilangla and alergi pada kacang pun dah berkurang. Saya try belasah je cornetto yang ada kacang semalam, muka naik gatal2, cuma takde sampai bengkak di mata. merah sikit je. Inshaallah akan sembuh walaupun ambil masa yang lama. Allah turunkan penyakit, Dia juga yang menyembuhkan. Benarlah Allah berfirman bahawa Dia Maha Pemurah macam dalam Surah Ar-Rahman. Dia beri saya ujian, kemudian Dia juga yang menghilangkannya. Allah boleh buat apa sahaja.

Sekarang menunggu big day yang berbaki sebulan lebih. Macam-macam perasaan ada, takut risau bercampur baur. Sedih pun ada nak berpisah dengan keluarga, kalau dulu mak ayahla tempat saya mengadu nasib, lepas ni apa-apa suami yang perlu didahulukan. Nak hidup dengan orang yang boleh saya katakan saya tak berapa kenal memang merisaukan. Serius saya takut!


Monday, March 11, 2013

Berperang dengan perasaan

Allahurobbi

Blog ini saya kunjungi bila terbit satu masalah di hati. Boleh merintih pada Allah, tapi saya juga perlukan medium ini sebagai perkongsian ceritera sebuah kehidupan.

Sungguh jadi seorang guru adalah sangat menyeronokkan. Pengalaman sewaktu mula-mula menjalani latihan praktikum sedikit sebanyak membantu saya mengaplikasi ilmu-ilmu bidang perguruan. Sekarang saya sudah pun mengajar di Sekolah Bina Insan. Walaupun serba kekurangan kerana sekolah ini masih baru, tetapi tugas sebagai guru harus dilaksanakan sebaik mungkin. Ada kalanya kekurangan ini membuatkan saya rasa hampir berputus asa, tapi bila mengenangkan anak-anak pelajar itu, rasa sungguh kasihan dan terus lenyap rasa down itu.

Berbalik kepada tajuk entry kali ini. Cerita tadi hanyalah sekadar muqaddimah kerana saya telah lama tidak meng'update' blog ini. Berperang dengan perasaan. Allah Yang Maha Pengasih sekali lagi telah menguji saya dengan ujian yang saya tidak pernah sangka akan berlaku pada diri saya. Doktor telah diagnose saya menghidap SLE, systemic lupus erythematosus disebabkan adanya butterfly rashes di muka saya yang sudah hampir 3 bulan. Skin rashes ini scally. Dia bukan seperti rashes yang kanak-kanak biasa hidapi. Skin rashes ini saya membuatkan kulit muka saya merah dan mengelupas di bahagian pipi, hidung, dahi, sedikit di atas bahagian atas bibir dan sedikit di bawah mulut. Ia terjadi kali pertama setelah saya pulang dari Kem Bina Insan Guru di Port Dickson. Sebelum saya ke PD, saya telah menggunakan produk kosmetik selama hampir 3 bulan. Kulit saya sewaktu menggunakan produk itu semakin cerah dan sekata, licin dan tiada cela. Jadi saya assume, baliknya dari PD, kulit saya merah-merah dan mengelupas adalah disebabkan oleh sunburn atau akibat kesan dari penggunaan produk kosmetik tersebut.

Sebulan berlalu dengan merah diwajah yang tidak ada tanda berkurangan. Seingat saya waktu itu adalah pada awal Januari. Kawan-kawan sekerja yang prihatin meminta saya supaya mendapatkan rawatan di klinik. Jadi saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Saya memberitahu doktor bahawa skin rash ini timbul selepas pulang dari PD. Melihat distribution skin rash pada wajah saya, dengan nada yang serius doktor mengatakan ianya seperti simptom SLE. Doktor membekalkan antibiotik, ubat krim untuk disapu pada wajah dan probiotic. Saya habiskan antibiotik dan sapu krim. Skin rash beransur hilang, alhamdulillah.
Kemudian kulit saya kembali seperti sedia kala. Then, suatu hari saya pergi ke Alamanda dan singgah di Watson untuk membeli masker. Itu adalah kali kedua setelah bertahun saya tidak mengenakan masker di muka. Beberapa hari setelah mengenakan masker di muka, ruam merah dan kulit mengelupas terjadi semula. waktu itu saya sangat risau dan mula mengenang kembali apa yang dikatakan doktor tempoh hari. Saya ke klinik pakar kulit kerana terlalu risau. Tetapi doktor tidak banyak bertanya produk apa yang saya gunakan dan tidak bertanya langsung history saya sebelum terjadinya skin rashes itu. Saya sangat kecewa dengan service yang diberikan. Sedikit pun tiada consultation diberikan. Saya cuba pula ubat yang doktor beri iaitu sabun untuk badan dan muka, krim dan losyen muka. Saya gunakan semuanya dan skin rashes beransur pulih dalam masa seminggu. Kemudian saya menggunakan sunblock bagi mengurangkan sinaran UV keatas kulit. Waktu itu kulit muka baru beransur pulih tapi telah saya oleskan pula sunblock pada wajah. Nahhh sekali lagi kulit saya naik merah dan mengelupas hampir seminggu juga. Kemudian saya tekad pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra dan memberitahu doktor bahawa wajah saya merah dan mengelupas sudah hampir 3 bulan dengan keadaan yang on off. Dari situlah doktor telah men'diagnose' saya dengan SLE. Doktor menyarankan saya membuat ujian darah bagi mengesahkan diagnose tersebut. Tetapi result darah akan keluar selepas 3 bulan kerana sampel darah akan dihantar ke GH. Tempoh penantian yang cukup panjang, boleh juga menyebabkan stress pada saya dan orang lain saya kira. Jadi saya ajukan pertanyaan pada doktor, boleh saya buat ujian darah di lab swasta? Doktor mengatakan boleh. Bayangkan lagi 3 bulan saya akan melangsungkan perkahwinan dan tiba-tiba didiagnose SLE? Hati saya hancur. Keluar dari klinik saya terus call mak dan menangis. Saya kata saya nak buat ujian darah di lab swasta dan resultnya akan keluar setelah seminggu. Sabtu lalu saya telah menjalankan ujian darah yang komprehensif untuk SLE. Tempoh seminggu ini pun sudah cukup lama bagi saya. Hati saya selalu resah dan bila mengenangkan kemungkinan yang berlaku, saya pasti menangis. Saya lihat foto-foto saya yang dahulu. Dengan wajah yang ceria dan kulit yang tidak bermasalah. Saya rindu wajah saya yang dulu. Allah uji saya. Tapi saya tidak layak untuk meminta lagi daripadaNya kerana Dia telah pun meminjamkan nikmat itu selama 25 tahun kehidupan saya. Walau apapun keputusannya, semoga Allah beri saya kekuatan hati untuk menempuh hari mendatang.
Saya akan cuba untuk kuat dan redho atas ujian yang diberikan. Walaupun tiada penawar, i believed medication can lessen the symptoms. ^_^


Wednesday, August 15, 2012

A short update

Assalamualaikum

Just a short update after such a long hiatus. Kadang-kadang rasa blogging ni hangat-hangat tahi ayam je. Update pun 2-3 bulan, itu pun lepas teringat 'bukan aku ada blog ke?' :)

Okay, it has been more that 3 months saya kerja di sini. Alhamdulillah, perancangan Allah itu jauh lebih baik dari perancangan saya yang serba kerdil ni. Allah buka mata saya dan beri jalan untuk saya improve dan matangkan diri saya sendiri. There are lots of things yang saya belajar, terutama sekali belajar menjadi guru. Boleh survive juga saya disini, macam yang saya pernah sebut dulu, tak pernah sangka dan jangka untuk menjadi seorang pendidik. Kursus perguruan sangat menyeronokkan. Bila dah belajar sesuatu ilmu tu, mesti saya akan kaitkan dengan pengalaman dulu waktu undergrad. Contohnya soalan exam yang lecturer buat. Bila kita dah belajar tentang Pengujian dan Penilaian, kita boleh detect 'ohh lecturer aku dulu mesti takde ilmu pasal ni sebab soalan yang dia bagi selalu tahap ni je, tak balance'. Rupa-rupanya, nak buat soalan exam pun ada skill dia. Banyak benda kena consider, bukan senang nak setting soalan exam ya. Pusing juga dibuatnya.

Sekian, wassalam



Saturday, May 5, 2012

Bermula kehidupan seorang bakal guru

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah hari ini sudah hari ketiga saya memulakan kerja baru. Sebagai langkah pertama sebagai bakal guru, saya dan teman-teman yang lainnya telah mengikuti kelas psikologi untuk mengenal siapa diri kita sebenarnya. Adakah kita benar-benar kenal diri kita? Cukup kenalkan kita dengan diri kita sendiri? Aktiviti-aktiviti kelas juga sedikit sebanyak membuka mata saya tentang erti seorang 'guru'. Salah satu aktiviti melibatkan bakal-bakal guru untuk menutup mata sambil membuat aksi mengikut rentak lagu, terpulanglah bagaimana sekalipun aksinya, mahu menari atau melompat, asalkan tubuh badan bergerak mengikut rentak lagu. Serius saya katakan walaupun mata sudah ditutup, saya masih lagi berasa malu untuk menggerakkan tangan apatah lagi menari. Tapi itulah hakikatnya menjadi seorang guru, perlu 'shock-through'. Maksudnya perlu tahan dengan kejutan, kerana apabila menjadi seorang pendidik, keadaannya bukan sentiasa enak dipandang dan didengari. Berkemungkinan semasa kita mengajar, anak murid di belakang sibuk bersms. Aktiviti lainnya, kesimpulan yang saya perolehi sepanjang kelas itu adalah untuk menghargai persamaan dan meraikan perbezaan, dan sebagai seorang pendidik, seharusnya ilmu yang disampaikan itu terkesan di hati para pelajar. Contohnya pelajar A belajar di sekolah agama dari Tingkatan 1 hingga 5. Tetapi bila tamatnya alam persekolahan dan memasuki alam universiti, adab dan akhlaknya tidak langsung menggambarkan dia bekas pelajar sekolah agama. Dari situ bolehla dibuat kesimpulan, bila guru mengajar, perlulah sampai ke hati pelajar-pelajarnya. Bukan suatu tugas yang mudah, amat berat rasanya amanah yang harus dipikul.

Jika ditanya adakah menjadi seorang guru itu suatu kerja yang mudah? Ia tidaklah semudah yang disangka. Menjadi guru itu memerlukan latihan ikhtisas, bukan sembrono sahaja. Latihan 6 bulan yang saya dan teman-teman akan jalani ini mungkin belum cukup untuk menghabiskan silibus ikhtisas pendidikan. Bahkan terlalu jauh untuk mencapai perfection. Tetapi ini adalah usaha terbaik yang boleh pihak kolej tawarkan buat kami sebelum menjadi seorang pendidik. Lebih suka rasanya menggunakan istilah pendidik berbanding guru kerana maknya lebih mendalam, sama seperti murobbi.

Masih teringan taklimat berkenaan sbi kuis oleh dekan FP. Bila seorang guru mahu menjatuhkan sesuatu hukuman atau denda kepada pelajarnya, guru tersebut perlu mempunyai cara dan kaedah yang bertepatan untuk memperbaiki kesilapan muridnya. Beliau memberi contoh seorang murid tahfiz telah diberi tugasan untuk menghafal satu muka ayat Al-Quran dalam masa sehari. Jadi pada sebelah petangnya, guru tahfiz itu akan mendengar hafalan pelajar tersebut tetapi pelajar itu tidak berjaya menghafal separuh daripada muka surat itu. Jadi sebagai denda guru itu menyuruh anak muridnya membuat tekan tubi sebanyak 30x. Bagi orang biasa seperti saya yang tidak mempunyai pengetahuan tentang etika guru, saya berasa denda itu wajar kerana pelajar gagal menghafal. Tetapi sebagai seorang guru yang beretika, denda itu tidak praktikal dilaksanakan dalam situasi yang dinyatakan. Guru seharusnya menyuruh pelajar terbabit membaca ayat tersebut sepanjang kelas, nahhh cara itu bukankah lebih berkesan untuk membina pelajar itu, supaya hafalannya meningkat? Can you see the good things of being a teacher, a teacher is one who nurtures not only teaches. Menarik juga tugasan seorang pendidik ini, tidak pernah saya sangka suatu hari nanti saya akan menjadi seorang guru. For the time being, bakal guru. Kita merancang tapi Allah telah lebih dahulu merancang untuk kita. Wallahua'lam.

*Minggu hadapan kelas akan bermula. Kelas apa? Kelas untuk mendidik guru/cikgu sebelum cikgu mendidik orang menjadi orang*

Friday, May 4, 2012

hari lapor diri

Alhamdulillah. Selesai sudah urusan untuk hari ini. Hari melapor diri sebagai Pensyarah Muda atau lebih senang saya kira sebagai guru atau murobbi atau teacher di SBI KUIS. It wasn't so bad on the first day. Ramai juga staff di recruit untuk SBI yang akan dibuka pada tahun 2013. Ada lebih kurang 30+ orang macam tu. Semua muka-muka baru yang saya tak pernah kenal, well adalah sorang dua yang saya pernah jumpa masa interview. Sebab numbers dia pun agak besar, so I only managed to remember one quarter of their name. Itu pun nama panggilan, not their full name. Rumah untuk disewa pun telah berjaya saya perolehi, alhamdulillah jika tidak dengan izinNya sudah tentu saya belum berhasil mendapatkan rumah tersebut. Syukur sangat sebab Allah permudahkan urusan saya, ada 2 orang pensyarah muda tengah cari housemate, rumah tersebut juga berdekatan KUIS, hanya 5 minit perjalanan menaiki kenderaan. Keadaan rumah....ok. Cukup kelengakapan, cuma ketiadaan mesin basuh mungkin sedikit membebankan saya. Sudah lama rasanya tidak membasuh pakaian secara manual menggunakan tangan dan kudrat sendiri, selalu semuanya mesin yang buat. Sebenarnya bukanlah saya menyewa sebuah rumah, rumah itu disewakan bilik-biliknya. Saya akan berkongsi bilik bersama seorang lagi rakan pensyarah muda di bilik master bedroom. Sewa setelah dibahagikan dua saya kira cukup murah plus rumah itu sudah tersedia kelengkapannya. Cuma perlu bawa bantal, tilam, baju se'bundle' dan kipas angin. Plus barang-barang sampingan yang lain.

Walaupun it wasn't so bad, tapi penatnya terasa juga. Mengantuk dan sakit kepala.

Senang cerita, kerja di tempat baru boleh tahan juga. Plus benefit and income pun menarik. Hehe rezeki milik Allah. Harapnya bila besar sikit gaji ni, rajinlah saya ke surau-surau atau masjid. Teringat pesanan Ustaz Ali sewaktu di UIA kuantan sebelum saya meninggalkan UIA. Ustaz kata, nanti dah ada kerja duit itu ketepikan sikit untuk bagi pada surau dan masjid. Maksudnya bersedekah. Besar kan pahalanya sedekah, sampai ke mati pahalanya masih berterusan selagi mana sedekah kita itu memberi manfaat kepada orang yang menggunakannya. Wallahua'lam.

Sunday, April 29, 2012

Kehidupan di dunia itu hanya SEMENTARA. Itu adalah prinsip yang saya pegang buat masa ini dan saya amat berharap prinsip itu akan saya pegang sehingga saya kembali kepada Tuhan Yang Memberi Nyawa, Yang Meminjamkan Kehidupan. Masih teringat saya mempelajari subjek Islamic Worldview semasa di tahun pertama pengajian saya, ya, Islamic Worldview jika tidak silap saya. Salah satu topik membincangkan tentang asal kehidupan; dari mana kita datang, untuk apa kita dihidupkan dan ke mana kita akan pergi. Saya mempelajari subjek itu dan memahaminya hanya untuk tahun pertama iaitu pada tahun 2007. Saya belajar for the sake of examination, saya hafal baris demi baris content topik tersebut untuk lulus dalam peperiksaan, untuk mendapatkan result yang cemerlang. Selepas itu saya lupa intipati apa yang saya pelajari, maksud saya, saya belajar, tapi kurang mengamalkan. Bagi saya hidup adalah hidup as it is, ada ups and downs sebab itu lumrah alam. Saya kurang bergantung pada Dia Yang Satu. Itu adalah diri saya 5 tahun dahulu.

Sehinggalah saya bertemu dengan seorang hamba Allah yang telah merubah tanggapan saya tentang erti kehidupan 2 bulan yang lalu. Pertemuan itu saya anggap sebagai rahmat dan kasih sayang Allah pada saya yang sering lupa. Sebagai petunjuk untuk manusia yang lalai dan leka seperti saya. Sungguh orangnya terdidik dengan akhlak mulia, saya rasa kagum. Malu rasanya mengenang diri yang hina serta serba kekurangan ini.

Seperti yang saya nyatakan dalam entri pertama, saya seorang yang menjaga adab dan batas pergaulan antara perempuan dan lelaki. Saya anti-sosial, jadi boleh juga dikatakan saya tidak suka menjaga tepi kain orang lain. Bagi mereka yang mengenali saya, mereka tahu saya bagaimana. Sahabat-sahabat baik saya semasa di Uni alhamdulillah baik dan soleh orangnya. Tinggi pengetahuan ilmu agama jika dibandingkan dengan saya. Sedikit sebanyak saya mengambil pelajaran daripada mereka. Takdir telah membawa saya untuk bersahabat dengan muslimah-muslimah yang menjaga auratnya. Subhanallah walhamdulillah. Jadi secara tidak langsung, saya juga menjaga pemakaian saya supaya selaras kehendak Syariat. Saya sudah terdidik dengan etika berpakaian sejak dari rumah lagi. Ayah sangat menjaga pemakaian saya, tidak boleh berbaju atau berseluar ketat. Itu yang saya embrace sejak dari kecil. Bahkan sampai sekarang, apabila membeli baju saya akan pastikan ianya longgar, menepati Syariat.

Tetapi bab kebergantungan saya pada Tuhan, mungkin tidak sekuat dan segah bab yang saya katakan tadi. Saya kurang mengadu pada Dia Yang Maha Mendengar segala rintihan. Saya tunaikan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, saya solat 5 waktu sehari semalam, tetapi setiap kali berdoa, saya kurang menghayatinya. Jadi bagaimana doa saya hendak diperkenankan olehNya kerana saya sendiri tidak merasakan hablum minallah.

Berbalik kepada cerita pertemuan saya dengan hamba Allah itu;
Daripada Ibnu Abbas Abdullah bin ‘Amri Ibni ‘As menceritakan bahawa ditanyakan kepada Rasulllah (s.a.w.) “Siapakah kawan yang baik untuk kami dekati mereka? Lalu sabdanya: Sebaik baik kawan kamu itu ialah mereka yang akan mengingatkan kamu kepada Allah (s.w.t.) bila melihatnya dan menambahkan ilmu kamu oleh percakapannya serta menyemarakkan semangat kamu bersedia bekalan untuk akhirat."(Tarmizi).
Itulah yang saya rasakan saat pertama kali melihat dan mengenalinya. Saya hanya mengenali nama dan asalnya, tidak lebih dari itu. Kerana dia adalah seorang lelaki, agak malu untuk saya bertanya. Tetapi jelas terpancar akhlaknya yang mulia. Tutur katanya memang menambah ilmu, sangat beruntung mereka yang mempunyai sahabat sepertinya. Paling terkesan dihati saya bila melihat dia mengeluarkan senaskhah Al-Quran kecil dari poket baju kemejanya. Subhanallah, Allahuakbar. Sungguh cantik peribadinya. Saya terpegun, sudah lama tidak melihat keadaan seperti itu. 

Sejak dari saat itu, saya nekad dan berniat untuk memperbaiki diri saya. Saya mahu menjadi seperti dia, saya mahu apabila orang melihat saya, dia mengingati Allah. Saya mahu butir bicara saya menambah ilmu kepada orang yang mendengarnya, saya mahu orang yang melihat saya bersemangat untuk menambah amal buat bekalan di hari akhirat. Mungkin itu adalah kali terakhir saya bertemu dengannya, tetapi saya akan berusaha untuk mujahadah dalam istiqamah menambah amal ibadah, saya akan berusaha mengenali dan mencintai Pencipta saya, saya akan berusaha menambah ilmu dan kecintaan saya kepada Rasullullah S.A.W. Biiznillah. Saya doakan dia sentiasa dalam peliharaan Allah SWT.

Persepsi saya mengenai erti hidup berubah sama sekali. Saya mula merasakan dunia hanyalah sekadar persinggahan dan pinjaman dari Allah untuk sekalian manusia. Bahkan segala yang kita miliki, ibu dan ayah, harta juga bukanlah milik kita, datangnya dari Allah SWT buat pinjaman kita merasainya nikmat kasih dan sayangNya. Jadi tidak perlu lagi saya terlalu mengejar keseronokan dunia kerana akhirnya nanti, kita semua akan kembali kepada Allah. Seorang sahabat pernah berkongsi kepada saya, "tiada kehidupan yang lebih baik melainkan kehidupan akhirat".

Allah berfirman:
Katakanlah: “Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.”[An-Nisaa, 4:77-78]

Wallahua'lam.

Saturday, April 28, 2012

Saya tertanya. Baikkah diri saya ini? Teman-teman tidak pernah pula mengatakan saya ini jahat atau buruk perangai. Teman-teman mengatakan saya ini baik orangnya, tetapi tidak pula saya ketahui bagaimana persepsi mereka dibelakang saya. Wallahua'lam, hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. 

Pujian awak baik malah ada yang mengatakan saya lemah-lembut, pemalu dan bersopan-santun agak berlebihan pula rasanya. Sungguh, rasa tidak layak untuk pujian sebegitu. Saya pulangkan segala pujian itu pada Yang Lebih Berhak Menerimanya, pada Tuhan Yang Maha Menciptakan, kerana Dia yang telah menciptakan saya, yang telah mengurniakan saya sifat-sifat itu melalui didikan yang telah diberikan oleh emak dan ayah saya. Tetapi dalam masa yang sama, saya bersyukur kerana kata-kata itu merupakan doa. Jika mereka mengatakan saya baik, maka mereka mendoakan saya baik. Alhamdulillah.


Saya tertanya-tanya pada diri saya sendiri. Adakah saya sudah berakhlak mulia? Adakah saya sudah menunjukkan contoh yang baik untuk mereka diluar sana? Belum lagi rasanya, banyak sungguh yang perlu saya perbaiki. Jika dibandingkan dengan teman-teman baik saya dan teman-teman seperjuangan semasa masih menuntut di UIA, siapalah saya ini. Hanya biasa-biasa sahaja orangnya. Cuma pada pengamatan saya, saya masih lagi menjaga adab-adab dan batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Saya akui saya ini agak anti-sosial dan pemalu orangnya bila berhadapan dengan kaum Adam. Sedikit tidak selesa bila berada di sekeliling mereka. Tetapi sikap pemalu yang agak berlebihan itu telah berjaya saya atasi sejak memasuki alam pekerjaan. 9 bulan di alam pekerjaan telah merubah saya sedikit sebanyak untuk menjadi seorang yang lebih matang dan menjadi pemalu pada tempatnya. Saya sudah mula membuka minda dan fikiran saya tentang erti kehidupan, mungkin agak lambat pada usia saya sekarang, tetapi saya bersyukur diberikan peluang itu berbanding orang lain yang masih lagi mencari keseronokan hidup di dunia.